Bahan bahan untuk kulit
250gms tepung pulut
200 ml santan
1/4 sudu teh garam
25gms minyak masak untuk sapuan
pewarna merah/hijau
daun pisang yang telah dipotong kecil
Bahan untuk inti
250gms kacang hijau tanpa kulit
100 gms gula melaka
100 gms gula pasir
50 ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut
Cara cara
1. Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih. Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.
2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.
3. Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.
4. Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gm, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.
5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit.
Tips: Doh mestilah liat tetapi boleh dibentuk. Doh yang lembut akan menyebabkan kuih menjadi kembang selepas dikukus. Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh kering. Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.